1. Antara kepentingan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat ialah mewujudkan rakyat mempunyai semangat nasionalisme yang saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain.Dengan mengamalkan semangat nasionalisme ini, semua kaum dapat mengamalkan kebudayaan,adat resam,agama dan bahasa masing-masing yang mempunyai keperibadian budaya dan identiti tersendiri sehingga sekarang masyarakat Malaysia masih hidup dalam keadaan harmoni tanpa mengira agama,bangsa dan negara.
2. Individu yang mengamalkan semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri akan membentuk jati diri yang kukuh.Individu yang mempunyai jati diri yang kukuh dapat dapat meningkatkan potensi kecemerlangan diri demi negara yang tercinta.Jika seseorang mempunyai jati diri yang baik,mereka dapat menguruskan masa dengan aktiviti yang berfaedah.Sebagai contoh, Dato Nicole Ann David merupakan pemain squasy antara bangsa yang telah melambangkan nama Malaysia di dunia malah telah memegang gelaran pemain nombor satu dunia sehingga kini.Jati diri yang baik dapat mengharumkan nama negara.
3. Mengekalkan keamanan negara dengan itu negara akan terus berada dalam keadaan aman dan damai tanpa memikirkan perbezaan sentimen perkauman.Keamanan negara akan terus terjamin.Sebagai contoh,kekacauan yang berlaku di negara-negara luar seperti Rohingnya,Afhanistan,Filipina dan negara luar yang lain menyebabkan telah memporak perandakan keamanan negara.Semangat nasionalisme untuk mempertahankan tanah air sendiri agak rendah menyebabkan negara mereka untuk kacau bilau .Oleh sebab itu,semangat nasionalisme masih relevan pada masa kini.
Monday, 28 September 2015
Batasan Kajian
Kajian ini dibataskan kepada beberapa teori tentang semangat nasionalisme di antara kaum di Malaysia. Tugas ini menerangkan kesan semangat nasionalisme di antara masyarakat di Malaysia.
Metolodologi Kajian
Dalam metodologi kajian ini kami menggunakan kaedah kajian perpustakaan seperti jurnal,buku-buku rujukan dan internet.
Objektif Kajian
1.Mengenalpasti punca perpecahan kaum yang berlaku.
2.Mengenalpasti kesan nasionalisme kepada masyarakat.
3.Mengenalpasti tujuan nasionalisme kepada masyarakat.
2.Mengenalpasti kesan nasionalisme kepada masyarakat.
3.Mengenalpasti tujuan nasionalisme kepada masyarakat.
Persoalan Kajian
1.Apakah tujuan nasionalisme kepada masyarakat?
Tujuannya adalah kita menumbuhkan rasa cinta kita terhadap tanah air,kita memang bangga terhadap tanah air tetapi kita tidak boleh menganggap rendah bangsa lain.
2. Apakah kesan nasionalisme kepada masyarakat?
Kesan nasionalisme kepada masyarakt ialah masyarakat dapat hidup aman dan damai kerana masyarakat saling memahami antara satu sama lain dan menghormati kaum lain.
Tujuannya adalah kita menumbuhkan rasa cinta kita terhadap tanah air,kita memang bangga terhadap tanah air tetapi kita tidak boleh menganggap rendah bangsa lain.
2. Apakah kesan nasionalisme kepada masyarakat?
Kesan nasionalisme kepada masyarakt ialah masyarakat dapat hidup aman dan damai kerana masyarakat saling memahami antara satu sama lain dan menghormati kaum lain.
Penyata masalah
Pada tahun 1964, telah berlakunya rusuhan antara kaum yang menyebabkan perpecahan kaum dan menimbulkan huru-hara di dalam negara. Namun selepas tahun 1964, semangat nasionalisme telah dipulihkan di antara masyrakat. Adakah semangat nasionalisme antara kaum telah mencapai matlamatnya?
- peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin. Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan
Sipnosis semangat nasionalisme
Nasionalisme atau turut dikenali sebagai semangat kebangsaan dapat dianggap sebagai salah satu fahaman atau ideologi tertua yang telah meninggalkan impak yang sangat besar ke atas sejarah kemanusiaan sejak beratus tahun lalu. Istilah nasionalisme telah diperkenalkan pertama kali oleh Johan Gottfried Herder iaitu seorang ali falsafah Jerman pada tahun 1774 (Shafer 1972 dan Aina kemilaianan 1964).Terdapat pelbagai definisi berkaitan nasionalisme mengikut K.R Minogue dalam bukunya yang bertajuk Nasionalism, beliau memberi definisi terhadap konsep nasionalisme sebagai satu aliran idea ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakkan. Ini menunjukkan yang beliau cuba untuk mengaitkan hubungan antara keadaan fikiran dengan tujuan- tujuan yang mendorong seseorang atau golongan untuk bertindak, sama ada dalam bidang politik ,ekonomi atau budaya. Manakala Hans Kohn pula dalam karyanya yang bertajuk The idea of Nasionalisme mentakrifkan nasionalisme sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa nasionalisme merupakan satu tenaga idea yang memenuhi hati dan otak seseorang dengan pemikiran dan semangat baru yang mendorongnya untuk melahirkan kesedaran dalam bentuk tindakan yang tususun .Anthony D. Smith pula dalam bukunya yang bertajuk Theories of Nasionalisme mentafsirkan nasionalisme sebagai satu pergerakan ideologi untuk mencapai serta memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan yang sebahagian besar daripada anggota itu melihatnya sebagai satu bangsa yang sebenar atau sebagai satu bakal bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain juga. Menurut Smith juga Nasionalisme itu pada dasarnya telah mencantumkan tiga perkara yang dianggap unggul atau hebat iaitu pertama,penentuan nasib sendiri secara terkumpulan bagi golongan rakyat. Kedua, penegasan keperibadian serta sifat tersendiri. Ketiga ialah pembahagian dunia mengikut garisan tegak kepada negara- negara yang tersendiri. Penulis buku Nigeria Background of Nasionalisme iaitu J.S Coleman pula metafsirkan nasionalisme sebagai perasaan- perasaan kegiatan serta perkembangan organisasi yang ditunjukkan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf yang sama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa maka dapat disimpulkan bahawa nasionalime merupakan satu phenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negara mereka sendiri,Menegakkan kedaulatan rakyat serta menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada negara bangsa .Keadaan itu digambarkan melalui perasaan cinta dan taat setia yang mendalam kepada tanah air yang kemudian telah mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing.
Subscribe to:
Posts (Atom)