Monday, 28 September 2015
Sipnosis semangat nasionalisme
Nasionalisme atau turut dikenali sebagai semangat kebangsaan dapat dianggap sebagai salah satu fahaman atau ideologi tertua yang telah meninggalkan impak yang sangat besar ke atas sejarah kemanusiaan sejak beratus tahun lalu. Istilah nasionalisme telah diperkenalkan pertama kali oleh Johan Gottfried Herder iaitu seorang ali falsafah Jerman pada tahun 1774 (Shafer 1972 dan Aina kemilaianan 1964).Terdapat pelbagai definisi berkaitan nasionalisme mengikut K.R Minogue dalam bukunya yang bertajuk Nasionalism, beliau memberi definisi terhadap konsep nasionalisme sebagai satu aliran idea ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakkan. Ini menunjukkan yang beliau cuba untuk mengaitkan hubungan antara keadaan fikiran dengan tujuan- tujuan yang mendorong seseorang atau golongan untuk bertindak, sama ada dalam bidang politik ,ekonomi atau budaya. Manakala Hans Kohn pula dalam karyanya yang bertajuk The idea of Nasionalisme mentakrifkan nasionalisme sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa nasionalisme merupakan satu tenaga idea yang memenuhi hati dan otak seseorang dengan pemikiran dan semangat baru yang mendorongnya untuk melahirkan kesedaran dalam bentuk tindakan yang tususun .Anthony D. Smith pula dalam bukunya yang bertajuk Theories of Nasionalisme mentafsirkan nasionalisme sebagai satu pergerakan ideologi untuk mencapai serta memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan yang sebahagian besar daripada anggota itu melihatnya sebagai satu bangsa yang sebenar atau sebagai satu bakal bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain juga. Menurut Smith juga Nasionalisme itu pada dasarnya telah mencantumkan tiga perkara yang dianggap unggul atau hebat iaitu pertama,penentuan nasib sendiri secara terkumpulan bagi golongan rakyat. Kedua, penegasan keperibadian serta sifat tersendiri. Ketiga ialah pembahagian dunia mengikut garisan tegak kepada negara- negara yang tersendiri. Penulis buku Nigeria Background of Nasionalisme iaitu J.S Coleman pula metafsirkan nasionalisme sebagai perasaan- perasaan kegiatan serta perkembangan organisasi yang ditunjukkan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf yang sama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa maka dapat disimpulkan bahawa nasionalime merupakan satu phenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negara mereka sendiri,Menegakkan kedaulatan rakyat serta menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada negara bangsa .Keadaan itu digambarkan melalui perasaan cinta dan taat setia yang mendalam kepada tanah air yang kemudian telah mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THANK YOU SO MUCH!!! IT'S VERY HELPFUL :)
ReplyDelete