Monday, 28 September 2015

Penyata masalah

Pada tahun 1964, telah berlakunya rusuhan antara kaum yang menyebabkan perpecahan kaum dan menimbulkan huru-hara di dalam negara. Namun selepas tahun 1964, semangat nasionalisme telah dipulihkan di antara masyrakat. Adakah semangat nasionalisme antara kaum telah mencapai matlamatnya?


  • peristiwa 13 Mei 1969  kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.  Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik  dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.  Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan 

No comments:

Post a Comment